Adakah PBB mengalami masalah?

Tidak lama lagi pilihanraya akan berlangsung. Bermacam andaian dan juga desas-desus yang kita dengar bahawa beberapa kerusi dari PBB akan dilepaskan untuk menaikkan muka baru. Adakah PAS akan mengambil alih kerusi yang dijangka akan hilang itu?
PAS atau PKR sekali pun..Adakah mereka layak? Namun ketidakhadiran sesetengah wakil di sesetengah mesyuarat meninggalkan tanda tanya kepada semua. Apakah sedang berlaku?
Bukan saja di Putrajaya malah juga di serata kaki lima, kedai-kedai kopi, dan juga di tempat hiburan orang sekeliling asyik menyebut dan ingin mengetahui rahsia di sebalik topik ini.
ABU9 betul-betul telah mengecohkan dunia politik kita. Sejak apa yang terjadi setelah luahan beliau saban hari.
Namun pada hakikatnya PBB perlu bimbang ke atas sesetengah kawasan mereka yang sememangnya menjadi sasaran PAS.
Malah pada pilihanraya Sarawak yang lepas ramai yang dari PAS rancak membuat kempen di sesetengah kawasan kampung pendalaman. Walau pun PBB menang pada pilihanraya tersebut, namun berwaspadalah pada taktik kotor para pembangkang kerana mereka sanggup lakukan apa saja untuk menang.
PAS juga mampu menunjukkan dengan kehadiran mereka boleh membawa perubahan pada Sarawak. Waspadalah wahai penduduk luar bandar. PAS pandai bermain dengan kata-kata. Malah PAS pernah menghina rakyat Bumi Kenyalang yang dikatakan pakai cawat dan tak layak untuk mengundi.
Beginikah sikap pemimpin sedangkan sanggup pandang hina pada rakyat? Lihatlah negeri Kelantan berbanding dengan kemajuan negeri lain. Adakah sama tahap kelajuan pemprosesan peningkatan ekonomi dan juga pembangunan mereka? Anda lebih bijak membandingkan…..

Ini salah satu janji PAS di Kedah…http://semangatmerah.wordpress.com/2011/04/14/inilah-janji-pas-di-kedah/
Ini juga kita boleh kongsikan bersama…http://audie61.wordpress.com/2012/02/18/pas-plot-thickens/
Selamat membaca…