Ada ubi ada batas, ada hari saya balas. Inilah kata-kata yang selalu bermain di mulut orang Melayu.
Namun janji orang Melayu juga selalu dikatakan hanya sekadar batuk di tangga. Ramai yang tidak menepati janji setalah berjanji.
Bercakap biar pandang-pandang. Sahabat atau musuh. Zaman sekarang sahabat boleh jadi musuh begitu juga musuh boleh jadi sahabat. Siapa tahu apa yang akan terjadi esok hari kan? Musuh dalam selimut pun ramai. Yang bermuka-muka dan juga muka talam.
PRU13 akan datang, ramai juga yang muka tembok dek kerana nakkan budget. Padahal sebelum ni kutuk tapi boleh pula minum semeja. Jangan tidur sekatil sudah, nanti jadi kes khalwat atau luar tabiee..
Siapa kawan siapa musuh pandai-pandailah menilai sendiri. Di luar sana macam-macam ragam boleh kita temui. Keluarga sendiri pun boleh berpaling tadah ini kan pua orang luar