Kehidupan tanpa persefahaman akan menjadi rumit. Begitu senang orang mencaci namun tidak memahami keadaan sebenar yang berlaku.
Andai masa diputarkan kembali, semua orang mahu ia berlaku namun ia adalah mustahil kan?
Tida yang semudah yang disangka kan?
Tiada yang mampu menghalangnya hati dan perasaan menjadi satu. DIRI yang merasai,
segalanya perlu ditelan,
biar pahit, biar keras..
namun amat berguna..
Agar menjadi lebih kuat..
Kadang-kadang kita perlu meluahkan,
kerana kebisuan sukar ditafsir..
Pandangan sukar dimengertikan..
Sesetengah perkara itu, sebenarnya sangat susah untuk dilupakan “
Bukan mudah. Namun bila itulah ketetapan Tuhan dan itulah kehendak dari aturan-NYA. Maka belajarlah walau penuh kesusahan dan kepayahan. Relakanlah walau diiringi air mata.
Dan lepaskanlah walau mencengkam jiwa dan perasaan.
Selagi kita tak redha,
hati tak akan tenang.
jiwa tak akan bahagia.
sebab itulah, cara terbaik untuk melupakan?
Adalah dengan redha.
Relakan apa yang SUDAH berlaku.
Bila kita relakan, hati akan tenang, Perlahan-lahan kita akan belajar menerima hakikat, bahawa itulah yang dikehendakiNYA.
Dan pada akhirnya nanti,masa akan membuat kita lupa.